SHARUDIN BIN YAACOB
Rabu, 29 Julai 2015
Ahad, 2 November 2014
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH DAN SALAM 1 MALAYSIA.
Yang berusaha Tn Guru Besar, Hj Abdul Rahman b. Husin.
Yang berusaha Pen Kanan
Ko Kurikulum
Pn Noriah bt Che Soh,merangkap pengerusi Perkhemahan badan beruniform.
Yang berusaha Pn Khadijah bt Mamat,Pen Kanan Pentadbiran ,
Yang Berusaha Pn.Tan beng Seng Penolong Kanan Pentadbiran,
guru –guru pemimpin unit serta rakan-rakan peserta Perkhemahan
badan beruniform bagi tahun 2013.
Sidang hadirin yang dihormati,
Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan
keizinan-Nya, maka kita semua telah berjaya melaksanakan satu tugas iaitu
sebagai peserta perkhemahan dengan sempurna. Kita berkampung di sini selama 3 hari 2 malam.
Selama tempoh itu pelbagai pengetahuan dan pengalaman baru dapat kita rasakan.
Pengetahuan dan pengalaman yang kita perolehi bukan sahaja
dapat memperkembangkan daya kognitif tetapi juga membantu dari sudut psikomotor
dan yang pentingnya memberi kesan yang positif dari sudut social.
Sepanjang tempoh perkhemahan ini juga, kita dapat memupuk
semangat berpasukan serta meningkatkan keyakinan dan memantapkan jati diri
sebagai pelajar yang lebih berdisiplin.
Sidang hadirin sekalian,
Selama kita menyertai perkhemahan, tentulah banyak kenangan
kita bersama teman-teman serta
guru-guru pemimpin. Bagi peserta tahun 6, pastinya
pengalaman pahit dan manis akan kita abadikan sebagai kenangan yang terindah
sebelum kita meninggalkan sekolah ini. Untuk itu saya selaku penghulu
perkhemahan badan beruniform bagi tahun
2013 merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kerana telah banyak
memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami.
Terima kasih juga kerana telah memberi kejayaan dan peluang
kepada kami dalam menjayakan semua aktiviti semasa dalam perkhemahan ini.
Kurik kundi merah saga,budi yang baik membawa ke syurga
Terima kasih daun keladi cikgu
Akhir kata, saya menyeru kepada semua peserta
perkhemahan,agar dapat jadikan pengetahuan dan pengalaman yang kita perolehi di
sini sebagai panduan untuk kita menjalani kehidupan pada masa hadapan sebagai pelapis
pepimpin Negara.
Langgan:
Ulasan (Atom)




