Ahad, 2 November 2014

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH DAN SALAM 1 MALAYSIA.
Yang berusaha Tn Guru Besar, Hj Abdul Rahman b. Husin. 
Yang berusaha Pen Kanan  Ko Kurikulum
Pn Noriah bt Che Soh,merangkap pengerusi  Perkhemahan badan beruniform.
Yang berusaha Pn Khadijah bt Mamat,Pen Kanan Pentadbiran ,
Yang Berusaha Pn.Tan beng Seng Penolong Kanan Pentadbiran,
guru –guru pemimpin unit serta rakan-rakan peserta Perkhemahan badan beruniform bagi tahun 2013.
Sidang hadirin yang dihormati,

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinan-Nya, maka kita semua telah berjaya melaksanakan satu tugas iaitu sebagai peserta perkhemahan dengan sempurna.  Kita berkampung di sini selama 3 hari 2 malam. Selama tempoh itu pelbagai pengetahuan dan pengalaman baru dapat kita rasakan.
Pengetahuan dan pengalaman yang kita perolehi bukan sahaja dapat memperkembangkan daya kognitif tetapi juga membantu dari sudut psikomotor dan yang pentingnya memberi kesan yang positif dari sudut social.
Sepanjang tempoh perkhemahan ini juga, kita dapat memupuk semangat berpasukan serta meningkatkan keyakinan dan memantapkan jati diri sebagai pelajar yang lebih berdisiplin.
Sidang hadirin sekalian,
Selama kita menyertai perkhemahan, tentulah banyak kenangan kita bersama teman-teman serta
guru-guru pemimpin. Bagi peserta tahun 6, pastinya pengalaman pahit dan manis akan kita abadikan sebagai kenangan yang terindah sebelum kita meninggalkan sekolah ini. Untuk itu saya selaku penghulu perkhemahan badan beruniform  bagi tahun 2013 merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kerana telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami.
Terima kasih juga kerana telah memberi kejayaan dan peluang kepada kami dalam menjayakan semua aktiviti semasa dalam perkhemahan ini.
Kurik kundi merah saga,budi yang baik membawa ke syurga
Terima kasih daun keladi cikgu
Akhir kata, saya menyeru kepada semua peserta perkhemahan,agar dapat jadikan pengetahuan dan pengalaman yang kita perolehi di sini sebagai panduan untuk kita menjalani kehidupan pada masa hadapan sebagai pelapis pepimpin Negara.


Catatan Baru

Catatan Baru

PlUG TAHUN 5 2014

Program latihan khas untuk Mata Pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

KULIT BUKU

KULIT BUKU